Thursday 9 February 2012

Mesyuarat Agung Pertama Akademi Ilmuan Sains Matematik Malaysia (AiSMM)


Pada 10 Februari 2012, jam 9.00 pagi dan bertempat di Bilik Zuhal 1, Hotel Residence, Uniten telah berlangsung Mesyuarat Agung Pertama Akademi Ilmuan Sains Matematik Malaysia (AiSMM).

Akademi ini bertujuan (1) untuk menjadi pemacu dalam meningkatkan kemajuan dan perkembangan sains matematik dalam pendidikan, penyelidikan, perundingan dan penyebaran maklumat, (2) untuk mengurus dan meningkatkan aktiviti penyelidikan sains matematik agar minat orang ramai terhadap bidang sains matematik dapat dipupuk, (3) untuk memperluas jaringan dan mempergiat kerjasama akademik dan industri hingga ke peringkat antarabangsa, (4) untuk menjadi badan rujukan dan entiti penting kepada kerajaan, industri dan masyarakat dalam hal-hal berkaitan sains matematik, (5) untuk memberi pandangan dan menjaga kepentingan hal-hal yang mempunyai kesan langsung atau tidak langsung terhadap perkembangan ilmu serta kebajikan komuniti ahli sains matematik, (6) untuk meningkatkan kesedaran dan mendapat pengiktirafan masyarakat tentang kepentingan dan kegunaan sains matematik dalam kehdiupan dan lain-lain.

Mesyuarat Sulong ini telah melantik Prof Dato' Dr Hj. Kamel Ariffin Mohd Atan sebagai Presiden (Yang Dipertua), Prof Dr Abdul Aziz Jamain, sebagai Timbalan Presiden (Timbalan Yang Dipertua), Prof Dr Norakma Ibrahim, sebagai Setiausaha dan Prof Dr Arsmah Ibrahim, sebagai Bendahari. Dalam barisan ahli jawatankuasa telah terlantik Prof Dr Ismail Mohd (UMT), Prof Jumaat Sulaiman (UMS), Prof Zainal (UTM), Prof Dr Ahmad Izani Md Ismail(USM), dan Prof Madya Dr Ismail Abdullah (USIM).

AiSMM akan menjadi jurucakap bagi pihak Ilmuan Sains Matematik Malaysia dalam kurikulum, penyelidikan, pendidikan dan sebagainya dalam bidang sains matematik. Pihak AiSMM akan mengadakan seminar, bengkel, konferensi, kuliah, lawatan dan sebagainya demi memertabatkan sains matematik di Malaysia.

Ismail Abdullah, Teras Jernang, 10 Feb 2012.